Sunday, 1 September 2013

Resepi Kek Black Forest



Bahan A
250 gm Chocolate sponge Mix
250 gm Telur
62 gm Air

Bahan B
62 gm Minyak Jagung

Pukul A dengan kelajuan tinggi selama 6 minit sampai naik lembut,masukkan bahan B dan gaul sebati. Tuang dalam acuan bulat 9". Bakar dengan 180 C selama 40 - 45 minit.


Bahan inti:
Bahan A
1 tin Dark Pitted Cerry
300 gm Krim putar Non Dairy

Bahan B: Chocolate Cream
50 gm Coklat masakan
40 gm susu segar
(Masak dengan menggunakan double boiler)

Cara-cara:
Biar Sponge kek sejuk dan potong kepada 3 lapis.

Sapu coklat cair di lapisan pertama diikuti krim putar diatas kek dan susun dark pitted cerry,kemudian tutup dengan krim putar sekali lagi.

Tutup dengan satu lapisan kek dan ulangi langkah 2.

Selepas tutup dengan lapisan ketiga,sapu krim putar di seluruh kek.

Hias coklat rice atau coklat masakan nipis ditepi kek dan pipe krim putar rossete bulat di atas kek. Letak coklat masakan yang di potong nipis di tengah kek. Akhir sekali susun buah ceri di atas krim putar rosset

RESEPI PASTRY/CRUST/TART SHELL

Bahan-bahan :
  • 250g mentega Buttercup
  • 120g gula ising
  • 2 biji telur gred B
  • 480g tepung gandum (kalau lembik tambh tepung lg)

Cara-cara :
  • Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
  • Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
  • Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
  • Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
  • Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
  • Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
  • *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
  • *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
  • Simpan crust dalam bekas kedap udara.
Edited :ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK (menjawab pertanyaan ESTEE_8980 dlm ruangan komen..tq). Pastikan acuan tidak basah.


SELAMAT MENCUBA

Moh Masak Puff Pastry



500 gm Tepung gandum
60 gm Mentega - dicairkan
8 gm Garam
282 gm Air
150 gm Pastry margerine

  1. Campurkan tepung dan garam. tuangkan tepung diatas meja dan lubangkan di tengah seperti gunung berapi.
  2. Campurkan mentega cair bersama air kemudian di tuang sedikit demi sedikit di tengah tengah tepung.
  3. Uli adunan hingga menjadi doh. rehatkan doh di dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum meletakkan pastry margarine.
  4.  
  1. Canaikan pastry margarine menjadi nipis dan panjang.
  2. selepas doh telah direhatkan selama 15 minit atau lebih, keluarkan dan canaikan doh memanjang dan nipis.
  3. Pastikan pastry margarine berada 2/3 daripada panjang doh.
  4. Letakkan pastry margarine ke atas doh dan lipat doh.
  5. Lipat dahulu bahagian doh yang tiada pastry margarine dan diikuti sebelah lagi. (sila rujuk gambar untuk lebih faham)
  6. Kemudian dalam keadaan memanjang (setelah di lipat), canai doh lagi sekali.
  7. Lipat single fold kemudian rehatkan doh selama 30 minit.
 Terdapat  dua cara untuk melipat doh iaitu single fold dan booklet fold. aku menggunakan kedua dua cara secara berselang seli sehingga 6 kali lipatan. dan setiap kali lipatan doh mestilah direhatkan selama 30 minit.

Single fold



Booklet fold
Pastikan doh dibersihkan daripada tepung semasa melipat untuk memastikan puff pastry yang dibakar menjadi tinggi dan banyak lapisan. Untuk kali terakhir rehatkan doh selama 30 minit sebelum di gunakan untuk di buat produk.

Selamat mencuba!

PASTRI PUFF...PASTRI PAI EPAL...CHICKEN BASQUISE FILLING & FEUILLETTESS

  • 500gm Tepung Gandum
  • Pastri Puff
    Bahan-bahan Pastri Puff:
  • 50gm Marjerin
  • 260ml Air Sejuk
  • ¼sudu teh Garam
  • 300gm Puff Pastry Marjerin
    Cara-cara penyediaan Pastri Puff:
  • Pukul kesemua bahan dengan “dough hook” (kecuali pastry puf marjerin) sehingga menjadi satu doh yang lembut. Biarkan doh ini rehat selama 5 min.
  • Canaikan doh dan letakkan 2/3 bahagian pastri marjerin ke dalam doh ini.
  • Lipat dan rehatkan selama 5-10 minit.
  • Canaikan doh ini dan lipat-masukan kiri dan kanannya. Rehatkan selama 10 -15 minit.
  • Ulang Langkah ke 4 sebanyak 3 kali lagi. Setiap kali, doh itu harus direhatkan selama 5 -10 minit.
  • Apabila doh sudah siap untuk di gunakan, terap bentuk-bentuk seperti yang diperlukan dan sapukan dengan telur sebelum membakarnya di ketuhar dengan suhu 200’ darjah celcius selama 20 minit untuk kesemua pastri melainkan Apple Strudel yang mungkin memerlukan-25 minit.

    Pastri Pai Epal
    Cara-cara penyediaan Pastri Pai Epal:
  • Ambil 150 gm doh pastri yang sudah siap dan gulungkan memanjang. (empat segi panjang dalam ukuran 12 inch x 9 inci).
  • Isikan inti ke atas pastri ini dan gulung seperti kek gulung.
  • Sapukan dengan telur dan bakar di ketuhar dengan kepanasan 200- 220’, selama 20 - 25 minit.
  • Apabila sudah masak, potong 4 bahagian dan hidang.

    Bahan-bahan Inti:
  • 3 biji Epal Hijau “Granny Smith”
  • 60gm Gula
  • 50ml Air
  • 1 sudu besar Tepung Jagung (digaul dengan 2 sudu besar air)
  • 40gm Sultana
  • 1 sudu teh Serbuk Kayu Manis
    Cara-cara penyediaan Pastri Pai Epal
  • Cuci dan potong dadu epal hijau.
  • Campurkan sedikit air bersama tepung jagungg. Ketepikan.
  • Masak epal bersama gula dan air sehingga lembut sedikit. Masukkan tepung jagung dan kacau sampai rata. Masukan sultana dan akhir sekali masukan serbuk kayu manis.

    Bahan-bahan Sos Muscavado Dairy:
  • 100ml Krim Dairy
  • 2 - 3 sudu teh Dark Muscovado Sugar
  • Beberapa titik Jus Lemon
    Cara-cara penyediaan Sos Muscavado Dairy:
  • Dengan menggunakan hand whisk, pukul krim dairy sehingga kental. Masukan sedikit jus lemon dan gula muscavado - untuk hiasan pastri pai epal.

    Bahan-bahan Kiraian Gula:
  • 1 cawan Gula
  • ½ cawan Air
  • 50gm Glukosa
    Cara-cara penyediaan Kiraian Gula:
  • Masak gula bersama air dan glukosa sehingga pekat. Dengan menggunakan garfu, bentukan seperti sarang dan hiasi pai epal.

    Vol-Au-Vents
    Cara-cara penyediaan Vol-Au-Vents:
  • Ambil 2 keping 85 -90 gm pastri doh dan gilingkan berasingan. Tekap bulat kedua-duanya dengan terap yang sama (4 inci penekap pastri). Satu daripada pastri ini ditekap lagi dengan cetak yang kecil sedikit (3½ inci penekap pastri).
  • Ambil bulatan pastri yang sudah diterap (potongan 3½ inci luaran kulit pastri) ini dan letakkan ke atas bulatan pastri yang besar sedikit itu (potongan 4 inci pastri). Sebelum meletakkannya, harus disapu tengan telur dahulu dan di cucuk dengan garfu.
  • Apabila sudah dicantumkan, sapukan telur keseluruhannya dan bakar selama 20 - 25 minit.
  • Lebihan bulatan pastri, (potongan dalaman kulit pastri) juga dicucuk dengan garfu, disapu dengan telur dan dibakar bersama.

    Bahan-bahan Chicken Basquise Filling:
  • 1biji Lada Benggala Hijau Kecil (dihiris)
  • 1biji Lada Benggala Kuning Kecil(dihiris)
  • 1biji Lada Benggala Merah Kecil (dihiris)
  • 200gm Kaki Ayam (tanpa tulang dipotong dadu)
  • 125gm Tomato (dalam tin)
  • 1sudu besar Pes Tomato
  • 1biji Bawang Holland
  • 1ulas Bawang Putih (dimayang)
  • 1sudu besar Gula Perang
  • 1sudu besar Mentega
  • Minyak Neuvida, Garam, Lada (untuk perasa)
  • Oregano, Rosemary, Thyme, 3 Bay Leaves
  • Lada Hitam (ditumbuk)
    Cara-cara penyediaan Chicken Basquise Filling:
  • Panggang kesemua lada bangala diatas api terbuka sehingga kulitnya terbakar.
  • Letakkan di dalam mangkuk dengan ais and tutupkannya, supaya cepat sejuk dan mudah untuk kupas kulitnya.
  • Salutkan ayam dengan tepung kemudian goreng sehingga masak dan angkat.
  • Menggunakan pan yang sama, panaskan minyak zaitun dan goreng bawang dan bawang putih sehingga lembut.
  • Masukkan pes tomato dan masak sehingga naik bau. Seterusnya masukkan tomato yang dikupas dan lada bangala yang dihiris.
  • Masukkan semua herba dan masak dengan api perlahan selama 15 minit sebelum memasukkan ayam. Kemudian biar mendidih. Renehkan selama 15 minit. Rasa.

    Feuillettes
    Cara-cara penyediaan Pastri:
  • Canaikan 50 gm doh persegi dan bentuk seperti Feuilletes.
  • Cucukkan bahagian tengahnya dengan garfu .
  • Sapukan telur dan bakar selama 20 minit.

Tip: Pastri dibakar tanpa inti terlebih dahulu. Selepas dibakar, baru diisi dengan intinya. Kemudian hiasan untuk makanan.
    Bahan-bahan Udang Bawang Putih Berkrim:
  • 4ulas Bawang Putih (dihiris)
  • 100-150 ml Krim
  • 10 ekor Udang Kecil (buang kulit, ekor dan kepala dipotong)
  • 1 spring Rosemary (dicincang)
  • 20gm Keju Parmigiano Parmesan (parut)
  • 5kuntum Cendawan shitake (dihiris)
  • 1 sudu besar Mentega
  • Minyak Neuvida
  • Garam dan Lada Hitam (ditumbuk)
    Cara-cara penyediaan Udang Bawang Putih Berkrim:
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang putih. Tumis sampai naik bau.
  • Masukkan udang dan rosemary, kacau selama 3 minit.
  • Masukkan krim ke dalam. Biar mendidih dengan api yang kecil.
  • Taburkan keju parmigiano parmesan, garam dan lada untuk rasa.
  • Seterusnya tambahkan mentega.

PASTRI RAPUH



Dalam menyediakan crumble/shell tart ada 2 jenis, iaitu pastry lembut dan juga pastry rapuh. saya suka pastri rapuh. Sebab bila dimasukkan ke dalam petisejuk dan dikeluarkan..ianya masih rapuh dan rangup.

Sesetengah orang suka pastri yang lembut dan sesetengah tidak menyukainya. Di sini saya ingin berkongsi resepi pastri untuk membuat crumble tat yang rapuh dan rangup yang telah ditambah mengikut keperluan saya sendiri. Sumber yang saya dapat..saya sudah lupa dimana..harap tuannya izinkan ye..


Resepi pastri rapuh
400gram tepung gandum
250gram mentega
100gram gula halus
1 biji telur gred a

cara2: 1. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas adunan. saya guna dulang/talam yang besar.
2. Kemudian masukkan mentega dan gaulkan kedua2nya sampai sebati. Adunan tersebut akan kelihatan seperti serbuk roti.
3. masukkan gula halus dan gaulkan dalam adunan tadi sampai semuanya sebati. Kemudian masukkan telur. pastikan telur dikacau terlebih dahulu untuk mengelakkan crumble/shell tat menjadi tidak sekata apapbila dibakar nanti.
4. setelah semuanya digaul dan sebati, terus buat crumble dalam acuan tat.
5. Sesetengah adunan ada yang rehatkan terlebih dahulu tetapi adunan ini tidak perlu kerana ianya akan liat dan masuk angin. Crumble akan jadi tidak cantik nanti apabila dibakar.
6. Pastikan oven dpanaskan terlebih dahulu dalam masa 5 minit sebelum adunan dibakar.
7. Setelah siap semuanya, bakar crumble pada suhu 190'celcius dalam masa 10-12 minit. hanya separa masak.

8. setelah siap, simpan dalam bekas kedap udara. Apabila mahu gunakannya,keluarkan dan isi filing tat yang anda ingin buat.

p/s: boleh guna untuk pelbagai tart seperti chesetart,eggtart,custad tart, fruit tart dll...
 

Blogger news

Blogroll