Bahan-bahan :
- 250g mentega Buttercup
- 120g gula ising
- 2 biji telur gred B
- 480g tepung gandum (kalau lembik tambh tepung lg)
Cara-cara :
- Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
- Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
- Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
- Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
- Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
- Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
- *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
- *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
- Simpan crust dalam bekas kedap udara.
Edited :ACUAN
TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE &
CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK (menjawab pertanyaan ESTEE_8980 dlm ruangan
komen..tq). Pastikan acuan tidak basah.
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment