500 gm Tepung gandum
60 gm Mentega - dicairkan
8 gm Garam
282 gm Air
150 gm Pastry margerine
- Campurkan tepung dan garam. tuangkan tepung diatas meja dan lubangkan di tengah seperti gunung berapi.
- Campurkan mentega cair bersama air kemudian di tuang sedikit demi sedikit di tengah tengah tepung.
- Uli adunan hingga menjadi doh. rehatkan doh di dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum meletakkan pastry margarine.
- Canaikan pastry margarine menjadi nipis dan panjang.
- selepas doh telah direhatkan selama 15 minit atau lebih, keluarkan dan canaikan doh memanjang dan nipis.
- Pastikan pastry margarine berada 2/3 daripada panjang doh.
- Letakkan pastry margarine ke atas doh dan lipat doh.
- Lipat dahulu bahagian doh yang tiada pastry margarine dan diikuti sebelah lagi. (sila rujuk gambar untuk lebih faham)
- Kemudian dalam keadaan memanjang (setelah di lipat), canai doh lagi sekali.
- Lipat single fold kemudian rehatkan doh selama 30 minit.
Single fold |
Booklet fold |
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment